Sunday 20 January 2013

BIAR KERAJAAN SELANGOR URUS AIR !

PETALING JAYA, 19 JAN: Meskipun gaji beliau sekurang-kurangnya RM425,000 sebulan, Pengerusi Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menangani isu gangguan air baru-baru ini.
Ini berikutan kenyataan Syabas kepada media pada Jan 9 bahawa hangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak hanya dapat dipulihkan pada perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Febuari. Bagaimanapun, apabila Kerajaan Negeri campur tangan dengan melakukan pemantauan terhadap kerja-kerja pembaikan, gangguan air dapat dipulihkan pada Jan 15 – empat minggu lebih awal daripada perangkaan Rozali. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ini membuktikan Rozali gagal menguruskan bekalan air di Selangor dengan baik. “Saya beritahu Datuk Seri Najib Razak supaya beri hak urus air Selangor kepada Kerajaan Negeri. “(Kerana) kita mampu urus air lebih baik dan mementingkan kepentingan pengguna berbanding Syabas,” ujar Abdul Khalid di hadapan lebih seribu hadirin dalam Majlis Makan Malam Kutipan Dana Pilihan Raya di sebuah restoran di sini malam tadi. Sebaliknya menurut Abdul Khalid, Najib enggan menyerahkan hak pengurusan air kepada Kerajaan Negeri kerana lebih mengutamakan kepentingan kroni mereka berbanding kepentingan rakyat Selangor. Abdul Khalid turut menyelar tindakan Syabas yang sebelum ini bertindak menyaman Kerajaan Negeri yang tidak membenarkan mereka menaikkan tarif air di Selangor. Pada Dec 29, kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang mengalami gangguan bekalan air selama lebih dua minggu akibat kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju. Syabas didakwa cuai kerana kesemua lima pam termasuk dua pam simpanan untuk gantian di masa kecemasan turut rosak. Pada Jan 8, dilaporkan bahawa Rozali berkata gangguan bekalan di ketiga-tiga tempat itu hanya akan selesai pada Tahun Baru Cina. Sehari selepas itu, Kerajaan Selangor berkata ia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dalam seminggu. Pada Jan 15, hampir semua pengguna di kawasan yang terjejas mendapat bekalan air.

Tuesday 15 January 2013

ZAID BARU TAHU PM PENGECUT?

Najib patut debat, tak berani bawa Dr M sekali KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawan pembangkang dengan cara yang lebih terdidik dan demokratik. Bagi beliau, dengan pilihan raya yang sudah sangat dekat, Najib patut melawan pembangkang dengan berdepan dengan mereka dalam isu-isu yang dibangkitkan. Bagi beliau, BN mempunyai pakar-pakar ekonomi, agama dan penerangan yang hebat untuk berlawan dengan Pakatan Rakyat. "Bila Datuk Seri Anwar sedang memperhalusi semula erti Merdeka di depan lebih 100,000 peserta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat, PM sibuk dengan memberi pelbagai habuan, kali ini di Semenyih," tulis Zaid dalam blognya. "Apa yang menghairankan saya adalah, kenapa dia tidak bangun dan melawan pembangkang dengan membahaskan isu," kata Zaid. Bagi beliau, Najib sepatutnya mengarahkan para pendebatnya berlawan dengan mereka. "Dia patut arahkan menteri yang menguruskan hal ehwal agama menyatakan sikapnya dalam isu nama Allah, bandingkan dengan pendirian Anwar Ibrahim, dan debatkan isu itu keseluruhannya. "PM mempunyai pasukan penasihat yang baik dalam isu ekonomi. "Dan jika tidak cukup bawa sekali Tun Dr Mahathir untuk membantu beliau berdebat dengan Anwar dalam pelbagai isu ekonomi," kata Zaid. Posted & copy by Rakyat Marhaen

Wednesday 9 January 2013